REGISTER FREE!! See and Believe It!

CARA-CARA PENYEDIAAN DAN PENGAMBILAN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

CARA-CARA PENYEDIAAN 1

@Copyright reserved
Cara Penyediaan :



1. Basuh rumpai laut mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6X.  Untuk Gred AAA (ungu) disyorkan basuh 6X dengan air bersih kemudian basuh 2X dengan air asam jawa kemudian bilas 1X basuh semula dengan air bersih untuk hilangkan bau hanyir;

2. Rendam rumpai laut mentah yang telah dibasuh 6-8 jam atau semalaman;

3. Simpan air rendaman tadi untuk digunakan bagi merendam kaki kemudian rumpai laut mentah dibasuh sekali lagi 5-6 kali dan toskan;

4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus selama lebih kurang 40 minit dengan api perlahan, kacau sesekali bagi mengelakkan rumpai laut menjadi kuning. Semasa merebus, daun pandan juga boleh diletakkan untuk mengurangkan bau hanyir terutamanya Gred AAA (ungu).

5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) – simpan segumpal rumpai laut mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2/gel) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker

****UNTUK GRED AAA (UNGU) -  BASUH 6X DENGAN AIR BERSIH, SELEPAS ITU BASUH 2X DGN AIR ASAM JAWA..BILAS LAGI SEKALI DGN AIR BERSIH.  MASA RENDAM, BOLEH LETAK DAUN PANDAN DAN JUGA MASA REBUS.  DAUN PANDAN DIGUNAKAN UNTUK MENGURANGKAN BAU HANYIR.


Cara Pengambilan :

1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)

2. Ambil agar2/gel rumpai laut dari peti ais, ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam cawan, bubuh sedikit air panas bagi mencairkan - boleh juga dicampurkan gula sebelum ditambah air suam atau sejuk dengan jus perisa mangga, oren dan sebagainya. Disyorkan air berperisa masam kalau suka.

3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)

Cara Membuat Masker :

1. Cuci muka 2-3 kali atau wapkan muka di atas takungan mangkuk air panas supaya pori-pori di muka terbuka luas;

2. Sapu rata gel rumpai tadi di muka sambil mengosok-gosak (sangat bagus dibuat setiap hari atau 2X seminggu);

3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci.

Pengesyoran: *Kulit Normal - Gel rumpai + Madu *Kulit Kering - Gel rumpai + Jus Lemon/Susu Tepung *Kulit Berminyak - Gel rumpai + Tomato 
Kulit anda akan terasa LEMBAB, LICIN, GEBU, CERAH dan TEGANG.

CARA-CARA PENYEDIAAN 2

Cara Penyediaan :



1. Basuh rumpai laut mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6X.  Untuk Gred AAA (ungu) disyorkan basuh 6X dengan air bersih kemudian basuh 2X dengan air asam jawa kemudian bilas 1X basuh semula dengan air bersih untuk hilangkan bau hanyir;

2. Rendam rumpai laut mentah yang telah dibasuh 6-8 jam atau semalaman;


3. Simpan air rendaman tadi untuk digunakan bagi merendam kaki kemudian rumpai laut mentah dibasuh sekali lagi 5-6 kali dan toskan;

4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus selama lebih kurang 40 minit dengan api sederhana, kacau sesekali bagi mengelakkan rumpai laut menjadi kuning. Semasa merebus, daun pandan juga boleh diletakkan untuk mengurangkan bau hanyir terutamanya Gred AAA (ungu).

5. Kacau sehingga lebur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng. Asingkan sebelum dicampur untuk kegunaan masker.

6. Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais

Cara Pengambilan :
Seperti di atas.
@Copyright reserved

PERHATIAN :

* Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..

* Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat! banyakkan minum air kosong.


الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praise and thanks are only for Allah in all circumstances.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan